5 Januari 2017 - 04:58
Hari Ulang Tahun Pelaksanaan Humuman Mati Syeikh Nimr Diperingati Di London

Para aktivis di London memperingati hari ulang tahun pelaksanaan hukuman mati yang tidak sah ke atas Syeikh Nimr al-Nimr dengan menganjurkan majlis peringatan di luar Kedutaan Arab Saudi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Para aktivis di London memperingati hari ulang tahun pelaksanaan hukuman mati yang tidak sah ke atas Syeikh Nimr al-Nimr dengan menganjurkan majlis peringatan di luar Kedutaan Arab Saudi.

Selain daripada memperingati pengorbanan ulama tersebut, para peserta protes turut melaungkan kekecewaan mereka berkaitan cara rejim Riyadh menangani para pengkritik mereka di Arab Saudi. Sebahagian daripada pembangkang rejim monarki mutlak itu kini berhadapan dengan hukuman mati dan di antara mereka adalah anak saudara Syeikh Nimr sendiri, Ali Mohammed Baqir al-Nimr.

Cendekiawan itu ditahan pada Julai 2012 dengan tuduhan menyampaikan ucapan anti-rejim dan mempertahankan hak para tahanan politik di negara itu.

Pada 2 Januari 2016, rejim Arab Saudi melaksanakan hukuman bunuh ke atas 47 orang tahanan termasuk Syeikh Nimr,

Penahanan beliau mencetuskan protes besar-besaran di negara-negara Arab.